Janganlah kau angkuh
> melaungkan…
> Si dia kepunyaanmu…
>
> Atau kau kepunyaan si dia …
> Kerana hakikatnya…
> Kita tidak pernah memiliki sesiapa…
> Walau sekeping hati seorang insan…
> Tidakkah kau sedar…
> Hukum alam menyatakan…
> Menyintai tidak semestinya memiliki?…
>
> Manusia pandai berpura…
> Berlakon di pentas dunia…
> Dan bertopeng menutup rahsia..
> Tetapi hati…
> Tidak pernah berdusta pada empunya…
> Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya…
>
> Tidakkah kau sedar…
> Mungkin si dia melafazkan…
> Ungkapan cinta padamu…
> Tetapi hati dan perasaannya…
> Tidak pernah berniat begitu…
> Dia hanya berselindung…
> Di sebalik sejuta alasan…
>
> Dan kau…
> Begitu jujur dan setia menyintainya..
> Sehingga terlupa..
> Hukum alam menyatakan..
> Menyintai tidak bermakna memiliki..
>
> Sesungguhnya…
> "Aku tidak pernah memiliki dirimu…"
> "Dan kau jua tidak memiliki diriku."
>
> Maka tak perlulah kau merana
> di saat kau ditinggalkannya…
> kerana dia bukan milikmu
> dan kau juga begitu…
> sedang jodoh itu ketentuan yang Esa
> bukan atas kehendak nafsumu…
>
> Mengertilah…
> Kita sebenarnya kepunyaan
> Yang Maha Esa…
> Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita…
> Kecuali Dia…
> Dia mengasihi hambaNya…
> Dia memiliki hambaNya…
> Dan ke pangkuan Dia kita akan dikembali……
>
> Alangkah malunya
> Disaat kau dicabut nyawa
> Kau pulang kepangkuanNya
> Tanpa cinta Dia di dada…
> betapa hina diri kita
> meraih cinta manusia
> tetapi membuang cinta Illahi…..